Saya Nak Cakap Sikit Aje!

14 Apr

Disclaimer : this is a situation exclusively for Malays to reflect on. I am not trying to be racist, but my post today is about my culture. Malay culture.

Have you ever heard your parents fighting and your mom said ” Abang, kita perlu berbincang”. This is a translation of what westerners are used to.  Hint : “Honey, we need to talk”. There is nothing wrong with that, except for in our culture, we are not used to this. Do you agree?

Instead, our moms will say ” Abang, saya nak cakap sikit boleh?” Then dia pun pot pet pot pet macam machine gun, and panjang pulak tu, walaupun pada mulanya  cakap nak cakap sikit je kan.

Inilah cantiknye budaya kita, sebab kita dia ajar untuk bercakap berkias. Kita juga diajar untuk ‘berkasar’ secara lembut. (Wah, an oxymoron!) Tak percaya? Cuba google tv program Oh Yeah, Sentap bersama Afdlin Shauki tu. Budaya sindir-menyindir adalah satu budaya Melayu yang mengajar kite untuk bercakap kasar secara lembut. Remember his rules? (Keluarkankan kata-kata manis, pandang ke atas, tangan di dada)

It makes you laugh and it is our culture. Budaya ada baik, ada buruknya. Baiknya budaya sindir menyindir ialah untuk menjaga hati dan air muka seseorang. Beralih pula kepada sisi buruk budaya ni – Some people won’t get this.

Orang Melayu cakap, tak paham. Okay? Saya sediakan beberapa situasi untuk anda hakimi ;

  1. Ketika anda beratur di kafeteria kampus, sedang anda ingin cepat kerana perlu ke kelas. Tiba-tiba, seorang pelajar memotong barisan.
  2. Ketika anda berdiskusi bersama kawan di kawasan sekitar fakulti di hari minggu. Beberapa orang lelaki, mungkin pelajar jarak jauh, duduk berhampiran dan merokok.

Apakah reaksi anda terhadap situasi-situasi ini?

Mahu tahu reaksi saya? Tak mahu? Ahh saya tak peduli, karena saya nak menyampaikan hujah saya ni. Sabar je la eh.

  1. Reaksi saya dengan pelajar memotong barisan – menarik muka masam, menjeling sehabis baik bagi menunjukkan protes.
  2. Reaksi saya dengan orang merokok di dalam fakulti, walaupun di hari minggu – mengipas-kipas muka saya (yang dah muncung sejengkal) tanda protes terhidu asap rokok, sambil berkata dalam hati “EH korang ni tak paham bahasa ke, tak suka la asap rokok ni”

Mahu tahu selanjutnya? Reaksi orang-orang yang mencetuskan kemarahan dalam hati saya ini?

  1. Pelajar tersebut membayar makanan dan terus blah.
  2. Golongan lelaki itu menghabiskan rokok mereka. Cis kau.

Cuba renungkan di mana salah saya. Anda tak pasti? Jika anda tak pasti, anda pun dua kali lima macam saya (yang dulu) Saya yang sekarang sudah sedar kesilapan saya dan akan memperbaiki kesalahan saya.

Macam lecturer saya cakap “Don’t just complain, give some solutions, or else, you are part of the problems”

Maka saya sudah jumpa jalan penyelesaian. Mahu tahu? Renungkan dahulu dan tunggu entri sambungan saya. :)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.